Assalamualaikum!
Anda mencari kedai tayar yang best!
Jom gi
JS TYRE & CAR SERVICE (002325277-T)
No 33, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, Section 2,
53300 Setapak KUALA LUMPUR
Tel: 03-41429121
Kedai ni betul2 berhadapan dengan Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Boleh google atau waze. Senang..
1. Sedikit Info tentang JS Tyre:
a. Kedai ni dah 5 tahun beroperasi tapi baru 2 tahun di bawah pengurusan dan bos yang baru iaitu Mr Ah Yee.
b. Mempunyai 3 pekerja termasuk seorang berbangsa melayu.
Rim 2nd
Top Overhaul
Bateri
Stok Tayar
Rim Baru
Lain-lain aksesori
Bersama En Pomen iaitu En Afid. Bos agak pemalu untuk bergambar..
2. Sebenarnya tak banyak info yang boleh dikongsi kerana En Bos agak pemalu dan kurang bersedia untuk bercerita tentang diri sendiri dan sejarah penubuhan kedai tayar ni. Tapi dari cerita Mr Ah Yee ni boleh la saya simpulkan yang beliau bermula dari bawah, mengumpul modal dan akhirnya menjadi bos. Saya senang berkunjung ke kedai ni kerana staf2nya yang ramah.
3. Dari segi harga boleh saya katakan adalah berpatutan. Yang paling saya suka adalah servis balancing dan alignment yang memang terbaik. Diorang akan adjust sampai betul2 ngam. Walaupun ambil masa sikit tapi hasilnya berbaloi.
4. Walaupun stok rim tak banyak, tapi design yang ada pun boleh tahan dan harga boleh kawtim lagi, don't worry..