Thursday, 26 March 2015

Intro

1.  Sebagai Pelajar Jarak Jauh di UNITAR, subjek E - Commerce memerlukan kami menyiapkan tugasan berkumpulan iaitu merekacipta sebuah blog yang mempromosikan perniagaan aksesori samada perhiasan, kereta, motosikal, rumah dan sebagainya. Ahli kumpulan kami terdiri daripada:

    a.   Mohd Khairulnazli bin Rodzi - MD1309BD0084.

    b.   Mohd Solehin bin Ahmad - MD1309BD0698.

    c.   Mohammad Nurzairy bin Omar - MD1309BD0083.

    d.   Nor Hasmin bin Hashim - KK0810169.

2.  Walaupun projek ini dibuat demi untuk memenuhi keperluan subjek E - Commerce, kumpulan kami berharap dapat terus memaparkan kedai-kedai aksesori yang terbaik dari segi harga, kualiti barang dan perkhidmatan serta layanan yang terbaik supaya dapat memberi maklumat tambahan kepada para pengguna di luar sana.

3.  Subjek E - Commerce memberi peluang kepada kami untuk belajar dan memahami teknik perniagaan melalui internet. Salah satu cara adalah melalui blog yang mana memerlukan kami untuk memberi maklumat yang tepat, menarik dan informatif. InsyaAllah usaha ini akan diteruskan di masa akan datang.

4.  Sebagai maklumat, segala fakta dan pengalaman yang ditulis di dalam blog ini adalah dari pengalaman kami sendiri dan bukan berdasarkan cakap-cakap orang atau khabar angin semata-mata. Bak kata pepatah yang saya pernah tengok di sebuah kedai makan di Pandan Indah, " Kalau sedap bagitau kawan, kalau tak sedap bagitau kami". 

No comments:

Post a Comment