Thursday, 26 March 2015

JS Tyre & Car Service

Assalamualaikum!

Anda mencari kedai tayar yang best!
Jom gi

JS TYRE & CAR SERVICE (002325277-T)
No 33, Jalan Metro Wangsa, Wangsa Maju, Section 2,
53300 Setapak KUALA LUMPUR
Tel: 03-41429121

 Kedai ni betul2 berhadapan dengan Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Boleh google atau waze. Senang..


1. Sedikit Info tentang JS Tyre:

  a.  Kedai ni dah 5 tahun beroperasi tapi baru 2 tahun di bawah pengurusan dan bos yang baru iaitu Mr Ah Yee.

  b.  Mempunyai 3 pekerja termasuk seorang berbangsa melayu. 

 Rim 2nd 

 Top Overhaul

 Bateri

 Stok Tayar

 Rim Baru

 Lain-lain aksesori

 Bersama En Pomen iaitu En Afid. Bos agak pemalu untuk bergambar..

2.  Sebenarnya tak banyak info yang boleh dikongsi kerana En Bos agak pemalu dan kurang bersedia untuk bercerita tentang diri sendiri dan sejarah penubuhan kedai tayar ni. Tapi dari cerita Mr Ah Yee ni boleh la saya simpulkan yang beliau bermula dari bawah, mengumpul modal dan akhirnya menjadi bos. Saya senang berkunjung ke kedai ni kerana staf2nya yang ramah. 

3.  Dari segi harga boleh saya katakan adalah berpatutan. Yang paling saya suka adalah servis balancing dan alignment yang memang terbaik. Diorang akan adjust sampai betul2 ngam. Walaupun ambil masa sikit tapi hasilnya berbaloi. 

4.  Walaupun stok rim tak banyak, tapi design yang ada pun boleh tahan dan harga boleh kawtim lagi, don't worry..

Fix4u AUTO Accessories

Assalamualaikum!

Jom support kedai aksesori kereta yang 100% milik bumiputra. Jangan risau akan kualiti perkhidmatan dan harga yang ditawarkan kerana ianya memang terbaik!

FIX4U AUTO ACCESSORIES SDN BHD. (938949-P)
80G & 82G, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 KULA LUMPUR.
Tel: 03- 92826808 / 92010314 Fax: 03 92827808




(Buka Isnin hingga Sabtu Mulai Jam 1000 pagi hingga 8 malam)

Zaman sekarang ramai orang pakai WAZE, memang sangat senang nak cari kedai ni kerana ia sangat berdekatan dengan:

PETRON Desa Pandan
TESCO Ampang

Hanya bersebelahan dengan TAYARIA Desa Pandan..



# Bergambar dengan Bos Fix4U dan staf. Yang tinggi tu la Bos kat sini..

1.   Sedikit info tentang Fix4U:

     a.  Owner selesa dengan panggilan Abg Din, asal PJ dan berumur 48 tahun. Abg Din bermula sebagai peniaga kecil-kecilan di pasar. Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan selama 20 tahun.

    b.  Sejarah penubuhan: Fix4U asalnya ditubuhkan di Sek 8 Bangi pada 1 Mei 2011 bersama rakan kongsi berbangsa cina. Kerana persaingan yang sengit dan kedudukan kedai yang kurang strategik, Fix4U berpindah ke Desa Pandan pada bulan Feb 2012 dan menutup operasi di Bangi pada bulan Mei 2012. Namun, jodoh mereka tak panjang, rakan kongsi Fix4U menarik diri pada tahun 2013. Abg Din meneruskan perjuangan memajukan kedai aksesori ni sehingga kini.

    c.  Modal perniagaan? Dalam sesi temuramah kami tanya soalan cepumas ni dan jawapan Abg Din buat kami tercengang. Agak-agak berapa modal untuk buka kedai aksesori sebesar ni? Jawapannya adalah 800k ke 1 juta. Itupun Abg Din cakap banyak lagi yang tak lengkap, tapi boleh lah slow2 mula dari bawah katanya.. 

   d.  Kenapa Aksesori kereta sedangkan bidang Abg Din adalah Perhotelan? Jawab Abg Din ini merupakan amal jariah untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Ini kerana sangat kurang       Bumiputra Islam yang menceburi bidang ni. Sehingga saat ini, sambutan yang diberikan sangat-sangat memberangsangkan dan kedai ni boleh pergi jauh..

   e.  Prinsip: "Jujur Dalam Perniagaan dan Carilah Rezeki Yang Berkat"


Perancangan masa depan Fix4U.










#Tinted Film dari jenama VR Cool.




Terbaekk!


Ruang yang luas dan selesa.





Ruang menunggu untuk pelanggan.





2.   Penulis sendiri adalah pelanggan tetap kedai ni sejak kedai ni dibuka di Desa Pandan. Perkhidmatan memang berkualiti, kemas dan bersih. Harga pun berbaloi-baloi. Staf-staf kat sini pun berpengalaman dan akan advice perkara yang perlu sahaja. Duit poket pun selamat dari repair benda yang tak sepatutnya di repair. Kecualilah anda ni memang kaki hias kereta dan ada bajet lebih..hehe..

3.   Last but not least, jangan lupa Like page "Fix4u AUTO Accessories"!

Intro

1.  Sebagai Pelajar Jarak Jauh di UNITAR, subjek E - Commerce memerlukan kami menyiapkan tugasan berkumpulan iaitu merekacipta sebuah blog yang mempromosikan perniagaan aksesori samada perhiasan, kereta, motosikal, rumah dan sebagainya. Ahli kumpulan kami terdiri daripada:

    a.   Mohd Khairulnazli bin Rodzi - MD1309BD0084.

    b.   Mohd Solehin bin Ahmad - MD1309BD0698.

    c.   Mohammad Nurzairy bin Omar - MD1309BD0083.

    d.   Nor Hasmin bin Hashim - KK0810169.

2.  Walaupun projek ini dibuat demi untuk memenuhi keperluan subjek E - Commerce, kumpulan kami berharap dapat terus memaparkan kedai-kedai aksesori yang terbaik dari segi harga, kualiti barang dan perkhidmatan serta layanan yang terbaik supaya dapat memberi maklumat tambahan kepada para pengguna di luar sana.

3.  Subjek E - Commerce memberi peluang kepada kami untuk belajar dan memahami teknik perniagaan melalui internet. Salah satu cara adalah melalui blog yang mana memerlukan kami untuk memberi maklumat yang tepat, menarik dan informatif. InsyaAllah usaha ini akan diteruskan di masa akan datang.

4.  Sebagai maklumat, segala fakta dan pengalaman yang ditulis di dalam blog ini adalah dari pengalaman kami sendiri dan bukan berdasarkan cakap-cakap orang atau khabar angin semata-mata. Bak kata pepatah yang saya pernah tengok di sebuah kedai makan di Pandan Indah, " Kalau sedap bagitau kawan, kalau tak sedap bagitau kami".